Nelydia Senrose Instagram – Alhamdulillah pada hari Jumaat yang mulia ini kemenangan berpihak pada saya dan adik saya @raysharizrose .
.
1. Pada 14/02/2020, saya dan adik
saya telah disaman fitnah bagi kandungan Twitter dan Instagram yang dikeluarkan oleh kami pada 11/01/2020 yang menyatakan bahawa Plaintif telah melakukan kecurian terhadap barang-barang berharga milik keluarga kami;
2. Dengan bantuan dan nasihat peguam kami, kami telah mempertikaikan saman Plaintif tersebut dan melalui satu perbicaraan penuh untuk membela diri kami dengan menegaskan bahawa kandungan Twitter dan instagram tersebut adalah berdasarkan pengakuan plaintif sendiri.
3. Setelah mendengar keterangan keseluruhan 7 orang saksi dari kedua-dua pihak, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini telah menolak saman Plaintif terhadap saya dan Raysha dengan kos dan memutuskan bahawa kami telah berjaya membuktikan pembelaan-pembelaan justifikasi dan komen yang berpatutan.
4. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur turut memutuskan bahawa pihak Plaintif telah gagal untuk membuktikan terdapatnya unsur paksaan dalam pengakuan dan makluman yang dibuat oleh Plaintif terdahulu kepada saya dan keluarga.
Terima kasih kepada peguam saya @weeweewonka dan @opfarissss dari #AVWlegal kerana berjuang habis-habisan untuk saya dan keluarga saya. You guys are the best! 🤍 | Posted on 30/Apr/2021 14:48:38



