Mahathir Mohamad Instagram – Saya ingin ucap terima kasih kepada semua yang telah ucap Selamat Hari Lahir saya yang ke-96.
Saya syukur kerana diberi masa dan peluang untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.
Saya pohon maaf jika ada yang saya lakukan menyinggung mana-mana pihak.
Saya berdoa supaya negara tercinta ini dimajukan oleh semua pihak sehingga tercapai matlamat kita untuk menjadi negara maju.
InsyaAllah. Terima kasih.
Dr Mahathir bin Mohamad
10 Julai 2021 | Posted on 10/Jul/2021 14:27:40



