Eric Fuzi Instagram – Alhamdulillah, rezeki dari Allah yang paling tak pernah disangka iaitu dijemput menjadi tetamuNya.
Bermula dengan ujian bila kakak @idmayasari jatuh sakit, maka abg @irwanrauf kena fokus untuk menjaga kakak, lalu kita yg concern ni pun bertanya lah, “abg iwan kerja mcm mana? Nak Eboy backup or cover tak?” , hanya dengan soalan itu tanpa disangka rezeki untuk menggantikan abg irwan untuk mengarahkan sebuah rakaman program tv di Medinah dan Mekah, secara tak langsung dapat menunaikan ibadah umrah. Terima kasih Abg Iwan n Kakak untuk peluang ni.
Terima kasih juga Mama,Papa,Adek Beradek dan Sahabat yang teman hantar ke airport tadi dan semua yang DM dan mendoakan perjalanan saya, Inshaallah doa2 kiriman kalian akan saya bawakan 🙏🏻
Terima kasih @azzuhatravelofficial , yang membawa team kami. | Posted on 23/Oct/2023 23:42:18



