Zahiril Adzim

Zahiril Adzim Instagram – Bismillah.

PART 3 : Update renovasi sendiri ofis dan kedai @bobbysansupply.

1. Belah belakang / ofis dah 95% siap, tinggal nak mengemas dan touch up interior sikit – sikit. Online business dah start running untuk korang yang beli dari website.

2. Part paling yang aku rasa seksa, paling menghasilkan habuk yang teruk sampai ‘jerebu’ seluruh kedai iaitu lantai. Bekas – bekas tenant lama gam karpet ke lantai, terpaksa kita buang. Pakai scrapper tak jalan, pakai thinner ke apa tak jalan. Sudahnya grind lantai pakai angle grinder (mata khas utk lantai) & sanding machine. Habuk takyah cakap, sampai setiap hari balik rumah memang terus kena mandi tak boleh peluk anak isteri.

2. Alhamdulillah lantai di seluruh kedai dah settle. Kami mula dengan dinding. Untuk buat efek tekstur simen ala – ala industrial, kami guna Suzuka cuma harganya agak keras lah. Kena fikir dua tiga kali untuk buat seluruh ofis. Kita sapu base dulu atau pun primer dekat dinding.

3. Selepas primer barulah kita buat tekstur simen. Part ni kena ‘art’ sikit lah kalau tak, tak nampak or tak jadi efek. Jadi masa aku buat, aku bayangkan yang terpaling art lah.

4. Dah settle tekstur, kita coating atau final touch up untuk dinding tu. Bila coating dia jadi macam shining sikit. Tapi bukan lah level metallic.

5. Utk proses ni je makan 4 – 5 hari. Lepas tu kami pon cat hitam pada partition tu, sebab kami suka hitam, lebih acah – acah low profile. Tshirt hitam pun kami suka pakai.

6. Cadangnya lepas cat hitam, ingat melukis – lukis lah dekat dinding tu. InshaaAllah kalau ada masa. Settle mengecat, ada orang naj datanf interviee, aku pon ok! Layan je walau kerja terbengkalai.

7. Bahagian tangga @nafiez.zaidi dah settlekan lantainya. Sama juga, kena grind balik lantai, maka makin berhabuk lah. Tangga, Nafiez settlekan sorang sebab aku siapkan bahagian dalam. Seksa woo..

8. Itu saja aku rasa untuk kali ini. Tunggu update next!

CHOW! | Posted on 11/Jan/2024 18:17:56

Zahiril Adzim
Zahiril Adzim

Check out the latest gallery of Zahiril Adzim