Mustapha Kamal Instagram – Saya telah melaksanakan satu lagi perkara daripada senarai tahunan saya! Iaitu mengambil suntikan vaksin influenza tahunan saya, anda bila lagi?
Pengambilan vaksin influenza tahunan adalah keputusan yang paling berkesan untuk mencegah influenza kerana ianya boleh melindungi kita, terutamanya warga emas yang berumur 65 ke atas yang lebih berisiko untuk diserang penyakit influenza dan mengakibatkan komplikasi yang serius. Saya diberitahu oleh doktor saya, Influenza ini akan memburukkan penyakit kronik anda seperti kencing manis dan penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa 85% kematian yang berkaitan dengan influenza berlaku dalam kalangan warga emas.
Oleh itu, saya sarankan semua orang, terutamanya warga emas atau anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang tua di rumah, bawalah mereka untuk mengambil vaksin influenza ini secara tahunan untuk mengekalkan kesihatan mereka supaya mereka dilindungi daripada jangkitan penyakit influenza dan mempunyai kebebasan untuk melakukan perkara-perkara yang mereka suka.
Boleh rujuk doktor anda atau layari https://actoflove.ifl.my/ms/warga-emas/ untuk info lanjut.
#IGetItDone #FluPreventionIsAnActofLove #Preventfluwithlove | Posted on 12/Sep/2023 19:43:39



