Diana Danielle Instagram – Dalam podcast Anjakan Dogma yang terbaru, Puan Anita bertanya apakah pengalaman Ellisha yang menjadikan beliau ingin membantu mereka yang memerlukan.
Ellisha berkongsi kisahnya apabila beliau tidak mempunyai tempat tinggal ketika mula-mula dia belajar di Australia. Beliau telah mendapat bantuan dan sokongan daripada staf di universiti. Pertolongan yang diberikan membuatkan beliau belajar bahawa perbuatan baik walaupun sekecil manapun mampu membantu individu dalam kesusahan.
Marilah kita sama-sama belajar daripada kisah ini bahawa meminta atau menerima pertolongan bukanlah bermakna kita lemah dan anda tidak perlu malu untuk mendapatkannya.
Jangan lupa saksikan episod penuh Anjakan Dogma setiap Jumaat, pukul 12 tengahari, di laman web, Spotify dan Apple Podcast SYOK Podcast.
#podcast
#anjakandogma
#MIASAMalaysia
#MIASAMalaysiaxSYOKPodcast | Posted on 05/Jul/2024 10:12:32



