Ezzaty Abdullah Instagram – Kita ber Bole Chudiyan semalam. Alhamdulillah tq @numommalaysia @nadmasrom @talksyusu atas pengiktirafan Anugerah Inspirasi Penyusuan semalam.
Perjalanan menyusukan anak saya mungkin tak sama sgn ibu2 lain. Anak pertama, saya terkena breast abcess sebab Harum taknak direct bf (actually, saya yg kurang ilmu cara menyusukan anak) saya exclusive pump utk Harum. Dgn kekurangan ilmu tentang proses pump susu, saya ade clog duct dekat breast sbb susu tak dipam sampai habis dan terjadi la breast abcess selepas habis pantang 44 hari. Mimpi ngeri tu hanya ibu2 yang pernah merasa je yang tau.
Anak kedua saya pun sama tak nak direct bf sampai bernanah nipple saya sebab nak paksa anak menyusu. sepanjang pantang 44 hari, 37x saya kena bengkak susu sampai menggigil 1 badan dan 4x pegi hospital/klinik. sakit? Yes! tapi saya cuba juga utk pump susu cuma susu memang tak banyak jadi kena campur dgn fm.
Anak ketiga ni saya betul2 nekad, hidup dan mati, saya nak juga susukan anak saya. Banyak saya cari ilmu di internet sampai la saya jumpa kaksyud. Baru saya tau, rupanya ade cikgu yang boleh ajarkan kita cara menyusukan anak. struggle sgt mula2 belajar tu. sebab saya tak sama macam ibu2 lain yang mungkin rezeki mereka mudah utk menyusukan anak. Alhamdulillah lepas kaksyud ajar, saya tak pernah kena bengkak susu yg sampai menggigil 1 badan tu, x pernah lagi nipple bernanah/luka. Happy sgt dgn journey menyusukan Armin walaupun ada masa struggle jugak. Org cakap menyusukan baby ni penat, sakit pinggang, x boleh buat kerja langsung. betul! tapi saya happy dapat merasa semua tu. walaupun x boleh nak buat apa2 kerja sebab Armin high demamd baby, sentiasa mengempeng, tapi saya excited sbb pengalaman ni saya tak pernah dpt sebelum2 ni.
To all bf mum, keep bf your baby and stay strong! ❤️❤️❤️
btw, baju saya dgn Ahmet dari @rentalbollybyas | Posted on 21/Dec/2024 08:33:40



