Ain Edruce Instagram – ✨ MENARIK UNTUK WANITA MASA KINI! ✨
Sempena bulan yang meraikan wanita, SinarPlus menerusi program talkshow Borak Bibir Merah tidak ketinggalan dalam memperkasakan golongan hebat ini dengan tema “Wanita Beraspirasi, Membina Legasi”.
Lebih bermakna, episod kali ini yang berlangsung di @chefkecikkitchen Boulangerie @ Tuah 1895 Bukit Bintang menampilkan YB Datuk Seri @nancy.shukri sebagai tetamu jemputan.
Wanita berjiwa besar yang berasal dari kampung itu kini berdiri megah sebagai pemimpin di arena politik tanah air. Ketahui bagaimana perjalanan beliau menakluk cabaran hingga mampu berdiri sebaris dalam gelanggang parlimen? Semuanya bakal dikongsikan secara eksklusif!
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu bukan sahaja bijak dan berwibawa, malah anggun dalam setiap langkahnya.
Bersama beliau selebriti versatil, @ainedruce yang tetap bertenaga dan bersahaja meskipun sedang sarat mengandung, memastikan sesi ini penuh warna dan gelak tawa!
Turut memeriahkan suasana, @sissyimann, penyanyi berbakat besar yang menyerikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa dengan suaranya yang unik dan memukau.
Dalam meraikan hari penuh makna itu, bagaimana pula pandangan lelaki terhadap perjuangan kaum hawa? Da’i @izzharnazri tampil berkongsi perspektifnya.
Saksikan episod penuh Borak Bibir Merah pada:
📅 TARIKH: 14 Mac (Jumaat)
⏰ MASA: 3 Petang
📍 Di semua platform media sosial SinarPlus & @sinarharian
Jangan ketinggalan! Mari bersama-sama meraikan kehebatan wanita dalam satu perbualan penuh inspirasi!
#bbmxkpwkm #bbmxhariwanita #borakbibirmerah #sinarplusxkpwkm #sambutanhariwanita #hariwanita #wanitaberinspirasimembinalegasi #SinarPlus #lifestylesinarharian | Posted on 12/Mar/2025 18:39:22



