Mimi Lana

Mimi Lana Instagram – Beberapa tahun yang lalu, saya pernah keliru tentang arah tuju kerjaya saya. Di manakah tempat saya dalam industri ini? Patutkah saya fokus pada drama TV? Filem arus perdana? Atau karya indie? Terlalu banyak suara yang cuba menentukan “Kalau buat sini, tak boleh buat sana.” “Kalau buat sana, tak layak di sini.”

Tapi sebagai seorang yang agak rebel terhadap kehidupan (hehe), saya berjanji pada diri sendiri yang saya akan berlakon di semua platform, selagi naskhah itu bagus. Tak kiralah kecil atau besar, drama atau filem, yang penting, ia memberi sesuatu pada penonton. Saya mahu setiap karya yang saya pilih bukan sekadar hiburan kosong, tapi sesuatu yang bermakna.

Dan #MencariRamlee adalah salah satu naskhah yang sangat saya hargai. Ia indah, ringan, penuh nostalgia dan menghormati legasi seniman agung Tan Sri P. Ramlee, dengan isi yang padat dan semangat kerja yang luar biasa di sebaliknya. Cerita seperti ini bukan datang setiap tahun. Mungkin hanya sekali dalam sedekad.

Walaupun ini bukan filem box office yang gah, saya yakin ia akan menyentuh hati mereka yang benar-benar cintakan seni filem. Kurang lebih 5 hari lagi, 19 Jun 2025 ia akan mula ditayangkan. Beli tiket, ajak keluarga, atuk, nenek, semua sekali. Sebab filem ini akan bawa korang mengembara ke masa silam tapi dengan rasa yang sangat deja vu!

Jumpa di panggung, ya? | Posted on 13/Jun/2025 13:00:29

Mimi Lana
Mimi Lana

Check out the latest gallery of Mimi Lana