Fara Fauzana Instagram – Pahit manis perjalanan untuk Fara ke Laban Rata. Setiap langkah ditemani air mata, tapi dia tak pernah menyerah. Fara berjaya buktikan dia mampu!
Lebih 37 juta tontonan di media sosial Hot FM hanya dalam masa 24 jam, bagi semangat kat Fara. Bukan rakyat Malaysia je, tapi seluruh dunia 🌍
Orang Sabah sendiri pun ada lagi yang tak dapat naik ke Laban Rata, tapi Fara dah berjaya!
Mulut Fara asyik cakap “nak turun, nak stop, dah taknak naik.” Tapi kaki dia teruskan mendaki. Tahu tahu, sampai Laban Rata. Kami bangga sangat dengan Fara 🥹💪🏻
Terima kasih you guys yang tak henti henti bagi kata-kata semangat dekat Fara sepanjang pendakian. You guys memang amazing! Kami di Bekpes Hot akan terus berikan yang terbaik, kerana anda sentiasa ada untuk kami.
Terima kasih, daripada hati kami yang paling dalam ❤️
#HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ #BekpesOnTop #BekpesKinabalu | Posted on 19/Nov/2024 12:56:38



