Lisa Surihani Instagram – Assalamualaikum genKRU..
“Apa saja untukmu
Tak ku hiraukan waktu
Katakan saja kan ku laksana
Permaisuri kau bertahta di jiwa” 🩷
Speechless dan beyond words.
Itu yang paling tepat menghuraikan suasana, vibe, gelombang, perasaan dan apresiasi yang kami terima dari Permaisuri dan Raja hati kami iaitu para peminat semua.
KRU menganggap genKRU merupakan sebuah terowong masa.
Manakala peminat menyifatkan bahawa genKRU merupakan sebuah hutang masa remaja yang sudah dilunaskan mulai malam pertama sehingga malam ke-empat.
Sebuah fenomena rasa dan suasana buat kita semua.
Sebuah pencapaian buat semua yang terlibat.
Tiada kata-kata yang sempurna yang dapat disimpulkan untuk empat malam berturut-turut. Hanya satu yang pasti- kita semua mempunyai rasa yang sama. Rasa bangga kerana menjadi sebahagian dari genKRU.
Dari kami…. Terima kasih paling ikhlas dan terdalam.
Anda semua adalah penyempurna rasa itu.
Penyempurna sebuah sejarah yang dilakarkan untuk anak seni tempatan dan penganjurnya juga.
Kita jumpa pula di Singapura, 28 Jun di The Star Theatre Singapura.
Tiket: Sistic
📍Laman web: https://www.sistic.com.sg
Sambung momen kita di sana..
M A S I H T A K B O L E H M O V E O N . . 🔥
#kru
#genkru
#terimakasih
#weloveu | Posted on 15/May/2025 08:02:05



