Lisa Surihani Instagram – Mogok Sedunia
Jeritan Gaza mesti dijawab. Jangan hanya lihat penderitaan mereka.
Jom Mogok Berbelanja pada Khamis 21 Ogos 2025
—
Israel dengan tidak malunya akhirnya telah mengeluarkan taring, di mana kita pun semua sudah puas mendengar penipuan dan manipulasi propaganda mereka. Mereka dengan jelas sekali sedang melakukan genosida kepada rakyat Gaza tanpa deskriminasi termasuklah wanita, kanak-kanak dan orang tua.
Senjata utama yang paling akan mengenakan kesan kepada negara haram gila perang ini dengan hanya TEKANAN EKONOMI.
Apa yang harus kalian lakukan?
Mogok semua transaksi. Jangan berikan apa-apa lagi wang dalam mesin genosida mereka.
Ini termasuklah :
1. Barangan runcit / online shopping / semua jenis pembelian dan terutama sekali transaksi bank pembelian.
2. Gas dan pengangkutan
(Oil & Gas adalah antara industri terbesar di dunia dan apabila cukup impak, boleh memberi tekanan kepada syarikat yang melabur di Israel)
3. Apa sahaja transaksi bank.
Transaksi bank adalah perkara yang amat sensitif kepada sesebuah ekonomi negara, apabila sesuatu “pelik” terjadi, akan menyebabkan industri mereka terganggu
Bagaimana untuk bersedia?
1. Lakukan persiapan di awal minggu/akhir minggu. (Advance payment / top up TnG / isi minyak)
2. Makan dan masak di rumah pada hari khamis dan jangan melibatkan diri dari berjalan-jalan di mall juga.
3. Seboleh-bolehnya, untuk pengangkutan, boleh pilih untuk berjalan kaki atau naik kereta/ tumpang kereta (elak gunakan uber/teksi kerana ini adalah juga transaksi)
4. Anda boleh memilih untuk mogok bekerja jika berkemampuan atau boleh. Dan jika tidak, anda boleh menggunakan cuti AL / unpaid day.
Nota tambahan : Untuk mereka yang memilih untuk menyertai mogok bekerja , kalian boleh menghantarkan respons email automatik “…saya memilih untuk menggunakan hak AL/Unpaid Leave/ mogok bekerja bagi menyertai mogok sedunia bagi membela nasib Gaza yang digenosidakan..”
Ingat. Pengorbanan ini kecil dan minima. Visi kita adalah untuk lakukan mogok sedunia pada setiap minggu secara tindakan kolektif sehingga mereka menghentikan kekejaman mereka. | Posted on 19/Aug/2025 10:07:39



