Nabila Huda

Nabila Huda Instagram – Salam Jumaat.. Ini pengumuman rasmi!
Baca sampai habis ya.

Filem Gayong versi director’s cut (serta sneak peek Gayong 2) akan kembali ke pawagam bermula 28 Ogos hingga 17 September ini sempena Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia tidak lama lagi.
Masa tayangan agak terhad & akan fokus pada setiap Jumaat, Sabtu, Ahad serta pada cuti umum (melainkan ada permintaan yang banyak pada hari biasa) & tayangan HANYA di pawagam TGV sahaja. Istimewanya, tiket cuma berharga RM10!!
Jadi, kepada yang ketinggalan untuk menontonnya tempoh hari ..ini masanya. Bawa keluarga & sahabat handai. Ini BUKAN filem aksi semata. Ianya tentang kasih sayang keluarga, jati diri, budaya & kerendahan hati, tentang semangat & perjuangan yang diinspirasikan daripada kisah seorang tokoh persilatan tanahair yang amat dihormati & disegani iaitu pengasas kepada Seni Silat Gayong, Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman ..AlFatihah ♥️ | Posted on 22/Aug/2025 10:45:17

Nabila Huda
Nabila Huda

Check out the latest gallery of Nabila Huda