Mimi Lana Instagram – Kes Adik Zara hari ini membuktikan masalah buli dan sosial di negara kita sudah tidak dapat dibendung lagi. Di FYP saya hari ini, bukan satu, tapi lebih 10 video dirakam sendiri oleh pembuli dari berlainanan sekolah. Berani ya kamu semua?! Hancur hati saya, apatah lagi hati ibu bapa yang mengharapkan masa depan anak mereka.
Kerajaan mesti ambil maklum dan jangan sekali-kali ambil mudah apa yang berlaku. Semalam, ribuan rakyat Sabah turun ke padang demi solidariti. Kita tak mahu lihat perkara ini berulang.
Sama ada perangai buli bermula di rumah atau di sekolah, kita semua bertanggungjawab untuk bersatu dan menghapuskan gejala ini. Ini tentang masa depan generasi kita. Buli bukan budaya. Buli bukan normal.
#JusticeForZara #StopBullying #SaveOurChildren #justiceforallvictims
Video sources from threads. | Posted on 09/Aug/2025 11:41:32



