Erra Fazira Instagram – Primadona Erra Fazira mengakui bergelar selebriti ternama bukan tiket mudah untuk menerima sebarang tawaran menjadi duta produk.
Bagi Erra, setiap peluang yang datang perlu diteliti dengan baik kerana tanggungjawab sebagai wajah sesuatu jenama bukan sekadar soal bayaran lumayan.
Erra mendedahkan kunci utama dalam setiap kerjasama ialah sikap saling memahami serta konsep ‘give and take’ yang membuatkan hubungan boleh bertahan lama.
Erra mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran produk baharu konjac di bawah jenama Captain Dolphin, yang mana Erra merupakan duta sejak tiga tahun lalu. Turut hadir, Pengarah Urusannya, Tan Seng Chon.
#industri #seni #tempatan #latest #trend #gosip #panas #kontroversi #update #hlive #hlivekongsi #sensasi #trending #sosialmedia #instagram #tiktok #selebriti #artis #pelakon #penyanyi | Posted on 24/Sep/2025 07:59:33



