Sweet Qismina Instagram – Alhamdulillah, semalam selesai majlis bacaan Yassin & solat hajat yang dianjurkan oleh Datin Paduka @umieaida9 di Musolla Aisya 🤍
MasyaAllah tabarakallah… tempatnya sungguh indah, tenang, dan penuh dengan rahmat.
Malam semalam terasa seolah-olah langit pun turut menangis bersama doa-doa yang naik ke hadrat Allah SWT.
Setiap lafaz, setiap air mata… hanya untuk memohon pertolonganNya.
Terima kasih Datin atas jemputan yang begitu bermakna.
Terima kasih juga kepada Ustaz @ammarmukhlis kerana mengetuai bacaan Yassin, dan Ustazah @aqidah_mawardi kekanda yang akhirnya Allah temukan di Musolla Aisya setelah sekian lama.
Benar, Allah pertemukan jiwa-jiwa yang ingin sama-sama berdoa untuk ummah. 🕊️
Terima kasih semua yang bersatu menjayakan video dan majlis ini.
Kita mungkin tak mampu ke medan mereka, tapi kita mampu menyebarkan kesedaran dan terus berdoa untuk Sumud Flotilla.
Jangan berhenti berdoa. Doa kita adalah senjata paling kuat. 🤲🏻💚
Taklupa juga semua artis & influencer yg hadir semalam. salam ukwah fillah. Moga kita ditemukan lagi inshaAllah.
#PrayForSumud #DoaUntukGaza #MyQuranAcademy #Hazwaniche | Posted on 04/Oct/2025 17:48:11



