Sharifah Shahirah Instagram – Anak perempuan kepada penyampai radio popular Sharifah Shahirah, Auddra @auddrazx yang mesra disapa Oddah menzahirkan rasa syukur apabila menerima banyak tawaran selepas tamat program Talk To My Manager (TTMM).
Oddah turut berkongsi hasrat untuk mengikuti jejak langkah ibunya @shieraijoy sebagai hos, sambil memegang nasihat penuh makna daripada ibu angkatnya, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza @ctdk agar sentiasa menjaga diri dan kekal rendah hati dalam industri seni.
Tidak ketinggalan, Oddah turut merakamkan penghargaan buat para peminat yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam setiap langkahnya. ❤️✨
#remaja #majalahremaja #remajamalaysia | Posted on 14/Nov/2025 16:30:00



