Sharifah Amani Instagram – TANDATANGANI PETISYEN SENI UNTUK SEMUA
Pautan di bio @reformartsi.my ✨
Kami menyeru kerajaan untuk memperkukuh industri seni dan budaya, dan kami memerlukan sekurang-kurangnya 50,000 tandatangan! Petisyen ini akan merangkumi 5 seruan kepada kerajaan iaitu:
1. Menubuhkan sebuah taskforce yang majoritinya terdiri daripada penggiat seni dan budaya, bersama wakil daripada masyarakat sivil serta kerajaan, untuk merangka dan melaksanakan Blueprint Seni dan Budaya Kebangsaan untuk tempoh 15 tahun.
2. Memperbaiki pendidikan seni di semua sekolah awam.
3. Menegakkan hak asasi penggiat seni dan pekerja budaya (hak sosial, ekonomi dan artistik).
4. Memperuntukkan sekurang-kurangnya 0.1% daripada belanjawan tahunan Malaysia kepada seni dan budaya.
5. Menubuhkan sebuah Kementerian khusus untuk Seni, Budaya dan Ekonomi Kreatif.
Mari bersama kami membina sebuah gerakan untuk memperkukuh seni dan budaya Malaysia. Jika anda juga percaya pada #seniuntuksemua, sila baca, tandatangan dan sebarkan petisyen ini. (Tersedia dalam BM, English & 中文)
✨Anda juga boleh membantu kami menyebarkan post ini supaya lebih ramai orang mengetahuinya. Jangan lupa untuk tag ahli parlimen tempatan anda dan Perdana Menteri supaya mereka juga dapat melihatnya!
Untuk lebih banyak perkembangan, ikuti @reformartsi.my kerana kami akan terus memberikan kemas kini tentang petisyen kami dan perkara lain! | Posted on 28/Sep/2025 16:40:11


