Ziana Zain Instagram – 3 figura Sembilu kembali bertemu di hari Sidang Akhbar SEMBILU The Reunion Live In Concert yang berlangsung di Mandarin Oriental, KL. Turut hadir, @datuk_yusofhaslam yang memberikan sokongan penuh untuk konsert istimewa ini.
Perancangan yang begitu singkat oleh @ideatelier.co ternyata membuahkan hasil. Alhamdulillah, sehingga kini hampir 95% tiket telah terjual. Terima kasih @ideatelier.co kerana berjaya menghidupkan kembali nostalgia Sembilu untuk para peminat kami 😁.
Bagi yang masih belum mendapatkan tiket, cepat-cepatlah layari www.ticket2u/sembilu sebelum ia kehabisan. | Posted on 10/Dec/2025 16:30:00


