Mahathir Mohamad Instagram – Saya dijemput ke Coconest, di Tanjung Rhu Langkawi. Coconest diusaha Hakim dan Amrina yang telah memenangi pertandingan AirBnb’s 2022/2023 Global Design-Build, The OMG Fund pada tahun lalu. Mereka mewakili Malaysia dan terpilih antara 100 pemenang bertuah untuk merealisasikan idea mereka.
Langkawi punyai banyak kawasan menarik dan cantik. Pelawat tak perlu tumpu di kawasan Pantai Chenang dan Kuah semata. Banyak lagi tempat menarik umpamanya Tanjung Rhu ini.
Saya ucap syabas dan tahniah kepada kedua mereka kerana berjaya tunjuk semangat tidak putus asa dalam mengejar sesuatu. | Posted on 23/Sep/2023 17:56:49